PROGRAM BERBASIKAL PENGHIJAUAN MALAYSIA BERSAMA MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI
09 October 2021

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia telah menganjurkan Program Berbasikal Penghijauan Malaysia bersama Menteri Tenaga dan Sumber Asli pada pagi ini 9 Oktober 2021 di Putrajaya. 

Program yang dilaksanakan pada hari ini merupakan satu usaha kerjasama strategik dengan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Putrajaya di bawah Agenda Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok ke arah meningkatkan litupan hijau di WP Putrajaya. 

Pokok Cempaka Hutan (Gardenia carinata), sejenis pokok berbunga tempatan telah ditanam oleh YB Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan di Sisiran Tasik Presint 19 Putrajaya yang kini dinamakan Laman Dirian Hijau Putrajaya.






Attachments